Saturday 27 April 2013

I LOVE U, STUPID!!

opppsss jngan terkejut plak dengan tajuk entry kali ni... 2 cuma tajuk salah sebuah novel yang saya dah baca dan saya sangat2 sukakannya dan nak kongsikan serba sedikit latar belakang novel ni...

ok 1st of all, novel ni ditulis oleh Melur Jelita dan merupakan novel kedua beliau.. novelnya yang pertama berjudul "AWAK SUKA SAYA TAK?" juga sudah saya miliki sempena hari lahir yang ke-20 manakala novel ILYS diberi pada hari lahir saya yg ke-21...heheee

sinopsis novel ni ialah kisah kemanusiaan yang penuh dengan kasih sayang. perjalanan hidup Iris mencari jawapan kepada rasa sepi dan tidak berpunya yan sering bertandang dalam hatinya.
Aku Iris the diva. Pembunuh senyap lelaki tanpa bayang! I'm bad and I'm dangerous!

Aidan? My main course yang sangat menyelerakan!
"Saya nak Inspektor Iris digari dan dihukum kerana telah mencuri hati saya. Saya dah X-ray tubuh Inspektor Iris, saya nampak hati saya berada dalam hati Inspektor Iris...-Aidan

Inspektor Ebrahim? My parfait , perfect!
"Sir! How could you! Menggoda seorang gadis di bawah umur?" - Iris
" Bukan di bawah umur, gadis di bawah sedar, di bawah pengaruh kurang cerdik!" - Ebrahim

Firman? Yucks! Mulutnya, ya Rabbi! Lebih pedas dari segalanya!
"Untuk bodyguard saya.. yang sangat macho, stylo... dan...."
"Dan apa?" - Firman
"Ermmm.... satu hari nanti dan apa. akan terjawab. So biarkan saja tempat kosong itu.." - Iris

novel ni berketebalan 1389 muka surat...
tebal kan??huhuu

Lara, Farina dan Violet, my divas. We're hot, scary, and naughty. Bukan sebarangan lelaki boleh mendampingi kami dan kami juga tidak mendampingi sebarangan lelaki.

Kegembiraan aku dan divas tidak berpanjangan apabila berlaku satu peristiwa yang tak dapat aku lupakan sampai bila-bila. Demi memenuhi hasrat terakhirnya, aku membawa misi yang besar dengan mengharung hidup di tempat asing yang sangat mencabar.

"Anakku, di mana anakku. Saya sanggup buat apa saja asalkan anak saya dikembalikan. Tolonglah, saya merayu."

Semua yang berlaku mematangkan aku tentang kehidupan... tentang Islam, agamaku... tentang rasa cinta yang sebenar-benarnya cinta..

"Selama ini saya merasa sepi dan tidak berpunya. Tiba-tiba saja rasa itu mula menghilang bila saya mula beristighfar..."

:kalau berminat dngan novel ni, boleh lah dapatkannya di pasaran dengan kadar yang segera.. :D :

No comments:

Post a Comment